Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VIII · Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

119. Mana-mana pihak boleh membatalkan perjanjian peguam bela dan peguam cara yang telah mati yang belum disempurnakan

Feedback & support
(1)

Jika seseorang peguam bela dan peguam cara telah membuat suatu perjanjian dengan kliennya menurut seksyen 116 dan sesuatu telah dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu di bawah perjanjian itu, dan, sebelum perjanjian itu disempurnakan olehnya dengan sepenuhnya, peguam bela dan peguam cara itu mati atau tidak berupaya bertindak, suatu permohonan boleh dibuat kepada mahkamah oleh mana-mana pihak kepada perjanjian itu atau oleh wakil pihak itu, dan Mahkamah itu dengan itu mempunyai kuasa yang sama untuk menguatkuasakan atau membatalkan perjanjian itu, jika tindakan belum diambil ke atasnya.

(2)

Walaupun Mahkamah memikirkan perjanjian itu patut dan munasabah dari semua segi ia boleh memerintahkan supaya amaun yang kena dibayar berkenaan dengan urusan yang dilakukan di bawah perjanjian itu ditentukan dengan cara penetapan.

(3)

Pada menentukan apa-apa amaun itu Pendaftar hendaklah memberi perhatian, setakat yang mungkin, kepada terma perjanjian itu.

(4)

Pembayaran amaun yang didapati kena dibayar boleh dilaksanakan mengikut cara yang sama seolah-olah perjanjian itu telah disempurnakan dengan sepenuhnya oleh seorang peguam bela dan peguam cara.

160 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

Report

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules