Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VIII · Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

117. Kos boleh didapatkan daripada klien oleh orang lain yang tidak diaku saksi

Feedback & support
(1)

Apa-apa perjanjian yang dibuat menurut seksyen 116 tidak boleh menjejaskan amaun, atau apa-apa hak atau remedi untuk mendapatkan apa-apa kos yang boleh didapatkan daripada klien itu oleh mana-mana orang lain atau yang kena dibayar kepada klien itu oleh mana-mana orang lain, dan mana-mana orang lain boleh menghendaki supaya apa-apa kos yang kena dibayar olehnya kepada klien itu atau yang boleh didapatkannya daripada klien itu ditetapkan mengikut kaedah-kaedah yang pada masa itu berkuat kuasa bagi penetapan kos itu, melainkan jika orang lain itu telah bersetuju selainnya:

Dengan syarat bahawa klien yang telah membuat apa-apa perjanjian itu tidak berhak mendapatkan daripada mana-mana orang lain, di bawah mana-mana perintah untuk pembayaran apa-apa kos yang menjadi perkara perjanjian itu, lebih daripada amaun yang kena dibayar oleh klien itu kepada peguam bela dan peguam caranya sendiri.

(2)

Sesuatu perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai tidak termasuk apa-apa tuntutan tambahan peguam bela dan peguam cara itu yang lain daripada terma perjanjian berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan, bayaran, caj atau perbelanjaan berhubung dengan penjalanan dan penyelesaian urusan yang berkenaan dengannya perjanjian itu dibuat, kecuali perkhidmatan, fi, caj atau perbelanjaan, jika ada, yang dikecualikan dengan nyata oleh perjanjian itu.

(3)

Tertakluk kepada Bahagian ini, kos bagi seorang peguam bela dan peguam cara dalam apa-apa kes yang ada apa-apa perjanjian yang disebut dalam seksyen 116, tidak tertakluk kepada penetapan dan juga kepada seksyen 124.

(4)

Sesuatu peruntukan dalam mana-mana perjanjian itu yang menyatakan bahawa peguam bela dan peguam cara itu tidak bertanggungan terhadap kecuaian, atau bahawa dia hendaklah dilepaskan daripada apa-apa tanggungjawab yang kepadanya dia tertakluk sebagai peguam bela dan peguam cara jika tidak ada peruntukan itu, tidak sah sama sekali.

Profesion Undang-Undang 157

Report

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules