Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII · Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara
115. Section 115
Feedback & supportJika suatu gadai janji dibuat kepada seorang peguam bela dan peguam cara, sama ada dia seorang atau bersesama dengan mana-mana orang lain, peguam bela dan peguam cara itu, atau firma yang dia ialah seorang ahlinya, berhak mendapatkan daripada penggadai janji itu berkenaan dengan semua urusan yang dijalankan olehnya atau oleh firma itu dan berkenaan dengan semua perbuatan yang dilakukan olehnya atau oleh firma itu pada merundingkan pinjaman itu, menentukan dan menyiasat hakmilik harta itu, dan menyediakan dan menyempurnakan gadai janji itu, apa-apa kos biasa yang dia atau firma itu tetap berhak mendapatnya jika gadai janji itu telah dibuat kepada seorang yang bukan seorang peguam bela dan peguam cara dan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmatnya atau firma itu untuk menjalankan urusan itu dan melakukan perbuatan itu.
Jika suatu gadai janji telah dibuat kepada, atau telah diletakhakkan pada seorang peguam bela dan peguam cara sama ada dia seorang atau bersesama dengan mana-mana orang lain dengan cara
Profesion Undang-Undang 155
pindah milik atau pindahan, dan apa-apa urusan dijalankan atau apa-apa perbuatan dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu, atau oleh firma yang dia ialah seorang ahlinya, berhubung dengan gadai janji itu atau cagaran yang diwujudkan dengannya itu atau berhubung dengan harta yang terkandung di bawahnya, dia atau firma itu berhak mendapatkan daripada penggadai janji yang bagi pihaknya urusan itu telah dijalankan atau perbuatan itu telah dilakukan, dan mengenakan ke atas cagaran itu, apa-apa kos biasa yang dia atau firma itu tetap berhak mendapatnya jika gadai janji itu telah dibuat kepada seorang yang bukan seorang peguam bela dan peguam cara dan masih terletak hak pada orang itu dengan cara pindah milik atau pindahan dan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmatnya untuk menjalankan urusan itu dan melakukan perbuatan itu.
Dalam seksyen ini, perkataan “gadai janji” termasuk apa-apa gadaian apa-apa harta untuk memperoleh wang atau sesuatu bernilai wang.
Urusan Bertikaian