Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IX · Mendapatkan dan Menetapkan Kos
124. Section 124
Feedback & support(1)
Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta ini, tiada peguam bela dan peguam cara boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, memulakan atau menyenggara apa-apa tindakan untuk mendapatkan apa-apa kos yang kena dibayar bagi apa-apa urusan yang dilakukan olehnya sehingga tamat tempoh satu bulan selepas diserahkan olehnya kepada pihak yang ke atasnya hendak dipertanggungkan kos itu, atau selepas dihantar olehnya melalui pos kepada pihak itu, atau selepas ditinggalkan olehnya dengan pihak itu di pejabat atau di tempat perniagaannya, rumah kediaman pihak itu atau tempat tinggal pihak itu yang akhir diketahui, suatu bil kos itu, yang sama ada ditandatangani oleh peguam bela dan peguam cara itu, atau dalam hal perkongsian, oleh mana-mana pekongsinya, sama ada dengan namanya sendiri atau dengan nama atau gelaran perkongsian itu, atau oleh peguam bela dan
Profesion Undang-Undang 163
peguam cara lain yang diguna khidmat oleh peguam bela dan peguam cara yang pertama disebut atau oleh perkongsian itu, atau yang dilampirkan kepada atau disertai dengan suatu surat yang ditandatangani dengan cara yang demikian itu juga, berkenaan dengan bil itu.
Jika sesuatu bil dibuktikan sebagai telah diserahkan menurut subseksyen (1) tidaklah perlu pada pertamanya bagi peguam bela dan peguam cara itu membuktikan kandungan bil itu dan ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai suatu bil bona fide yang mematuhi Akta ini.