Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IX · Mendapatkan dan Menetapkan Kos
136. Hak Kerajaan untuk mendapatkan kos tidak terjejas
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak
Kerajaan, yang dengan ini diisytiharkan, apabila diwakili oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 35(2)(a) untuk mendapatkan kos yang diaward kepadanya dalam atau berkenaan dengan apa-apa sesuatu guaman atau perkara, dan dalam apa-apa
168 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
guaman atau perkara itu kos Kerajaan itu hendaklah ditetapkan mengikut apa-apa kaedah yang berkuat kuasa pada masa itu bagi menetapkan fi dan kos peguam bela dan peguam cara seolah-olah seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang bukan dalam perkhidmatan Kerajaan telah hadir bagi pihak Kerajaan.