Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian IX · Mendapatkan dan Menetapkan Kos

134. Kos perintah penetapan kena dibayar oleh peguam cara

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa perintah untuk penetapan dibuat atas permohonan pihak yang ke atasnya kena dipertanggungkan atau yang bertanggungan membayarnya, atau atas permohonan peguam bela dan peguam cara, kos bagi perintah dan penetapan itu, kecuali jika perintah itu telah dibuat selepas tamat tempoh satu tahun, hendaklah dibayar mengikut hal penetapan itu—

(a)

jika bil itu apabila ditetapkan kurang sebanyak satu perenam daripada bil yang diserahkan, peguam bela dan peguam cara itu hendaklah membayar kos itu;

(b)

jika bil itu apabila ditetapkan tidak kurang sebanyak satu perenam daripada bil yang diserahkan, pihak yang ke atasnya kena dipertanggungkan atau yang bertanggungan,

CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 lihat Aturan 94 kaedah 1 [P.U. (A) 205/2012] – mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2012.

Profesion Undang-Undang 167

membayarnya, jika permohonan itu dibuat olehnya, atau dia hadir pada masa penetapan, hendaklah membayar kos itu.

(2)

Tiap-tiap perintah untuk apa-apa rujukan di bawah seksyen 125

hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya menetapkan kos rujukan itu, dan apa untuk diperakui, apabila rujukan itu dibuat, yang didapati kena dibayar kepada atau oleh peguam bela dan peguam cara itu berkenaan dengan bil itu, dan berkenaan dengan kos rujukan itu, jika kena dibayar.

(3)

Pendaftar hendaklah memperakui apa-apa hal keadaan khas yang berhubungan dengan bil atau penetapan itu.

(4)

Mahkamah boleh dengan itu membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirannya patut dan munasabah berkenaan dengan pembayaran kos penetapan itu.

(5)

Jika apa-apa rujukan itu dibuat, tetapi ia tidak dibenarkan kecuali di bawah hal keadaan yang khas, Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan khas berkenaan dengan kos rujukan itu.

Report

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules