Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian IX · Mendapatkan dan Menetapkan Kos
130. Perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara dengan cara petisyen
Feedback & supportSuatu perintah supaya diserahkan bil kos peguam cara, dan supaya diserahkan apa-apa surat ikatan, dokumen atau kertas lain yang dalam milikan peguam bela dan peguam cara boleh, tertakluk kepada apa-apa lien yang peguam bela dan peguam cara itu mungkin ada, dan supaya ditetapkan bil itu apabila diserahkan, didapati dengan membuat suatu petisyen lazim.
Apabila petisyen itu difailkan,
Pendaftar hendaklah menandakan perintah itu pada petisyen itu dengan serta-merta, dan menyediakan perintah itu jika perlu.
Tertakluk kepada seksyen ini, Mahkamah mempunyai bidang kuasa sama seperti bidang kuasa Mahkamah Tinggi di England untuk membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1).