Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian IX · Mendapatkan dan Menetapkan Kos

126. Perintah untuk penetapan kos hendaklah dibuat dalam masa 6 bulan dari masa diserahkan bil kos

Feedback & support
(1)

Suatu perintah untuk penetapan sesuatu bil kos yang diserahkan oleh mana-mana peguam bela dan peguam cara boleh didapati dengan suatu petisyen lazim dibuat oleh pihak yang ke atasnya kena dipertanggungkan bil itu, atau oleh mana-mana orang yang bertanggungan membayarnya sama ada kepada pihak yang ke atasnya kena dipertanggungkan atau kepada peguam bela dan peguam cara itu, pada bila-bila masa dalam masa enam bulan dari penyerahan bil itu,

164 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

atau, oleh peguam bela atau peguam cara itu selepas tamat tempoh satu bulan kalendar, dan dalam masa satu tahun, dari penyerahan bil itu.

(2)

Perintah itu hendaklah mengandungi apa-apa arahan dan syarat yang difikiran patut oleh Mahkamah, dan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana perintah Mahkamah boleh memohon melalui saman dalam kamar supaya perintah itu dipinda atau diubah atau diketepikan.

(3)

Dalam apa-apa kes jika peguam bela dan peguam cara dan kliennya bersetuju supaya bil seseorang peguam cara itu ditetapkan

Pendaftar boleh bertindak menetapkan bil itu walaupun tiada perintah baginya.

Report

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules