Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Badan Peguam Malaysia
54. Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha Badan Peguam
Feedback & supportHendaklah ada seorang Yang Dipertua, seorang Naib Yang
Dipertua dan seorang Setiausaha bagi Badan Peguam Malaysia yang hendaklah dipilih oleh Majlis Peguam daripada kalangan ahlinya;
tetapi tiada seorang pun Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau
Setiausaha boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua tahun berturut-turut dan sekiranya berlaku apa-apa kekosongan luar jangka dalam jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau Setiausaha
Badan Peguam Malaysia, Majlis Peguam hendaklah dalam mesyuaratnya yang akan datang atau dengan seberapa segera selepasnya memilih seorang daripada ahlinya bagi mengisi kekosongan itu.
Yang Dipertua atau, jika dia tidak ada, Naib Yang Dipertua, hendaklah menjadi Pengerusi Majlis Peguam dan hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Peguam dan mesyuarat
Badan Peguam Malaysia.
Jika Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua kedua-duanya tidak ada Majlis Peguam hendaklah memilih seorang Pengerusi daripada kalangan ahlinya.
Bila seseorang ahli Majlis Peguam kena mengosongkan jawatan