Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Badan Peguam Malaysia
58. Pelantikan Jawatankuasa
Feedback & supportMajlis Peguam boleh melantik satu jawatankuasa atau lebih bagi apa-apa maksud am atau apa-apa maksud tertentu sebagaimana yang pada pendapat Majlis Peguam boleh dikawal selia atau diuruskan dengan lebih baik dengan cara sesuatu jawatankuasa dan Majlis
Peguam boleh mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa yang
Profesion Undang-Undang 83
dilantik sedemikian, dengan atau tanpa sekatan atau syarat, penjalanan apa-apa fungsi Majlis Peguam.
Bilangan dan tempoh jawatan ahli jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini, dan bilangan ahli ini yang perlu untuk menjadi sesuatu kuorum, hendaklah ditetapkan oleh Majlis Peguam dan melainkan jika ditetapkan sedemikian bilangannya tidak boleh kurang daripada tiga.
Sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini boleh termasuk orang yang bukan ahli Majlis Peguam.
Majlis Peguam tidak boleh mewakilkan kepada sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini mana-mana daripada, fungsinya melainkan jika sekurang-kurangnya dua per tiga daripada ahli jawatankuasa itu (termasuk Pengerusinya) ialah ahli Majlis.