Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Badan Peguam Malaysia
62. Mesyuarat Majlis
Feedback & supportMajlis Peguam boleh memutuskan untuk memanggil sesuatu mesyuarat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat dan dengan seberapa kerap yang perlu, dan Pengerusi Majlis Peguam boleh, dengan kehendaknya sendiri atau dengan permintaan secara bertulis daripada tidak kurang daripada satu setengah daripada ahlinya boleh memanggil sesuatu mesyuarat tergempar Majlis Peguam untuk menimbangkan apa-apa perkara yang mustahak.
Sembilan orang ahli yang hadir sendiri dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam menjadi suatu kuorum bagi menjalankan apa-apa urusan.
Sesuatu keputusan bilangan terbesar ahli Majlis Peguam yang hadir dan mengundi dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam hendaklah disifatkan sebagai keputusan Majlis Peguam.
Dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Tertakluk kepada apa-apa kaedah Badan Peguam Malaysia,
Majlis Peguam boleh mengawal selia penjalanannya sendiri dan khususnya mengenai mengadakan mesyuarat, notis yang hendak
Profesion Undang-Undang 85
diberikan tentang apa-apa mesyuarat, penjalanan mesyuarat itu, penyimpanan minit dan penjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu.
Belanja ahli