Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian V · Badan Peguam Malaysia
49. Pemilihan ahli Majlis Peguam
Feedback & supportPada tiap-tiap tahun sekurang-kurangnya satu minggu sebelum bulan Oktober Majlis Peguam hendaklah memberitahu semua ahli Badan Peguam Malaysia bahawa penamaan bagi memilih ahli
Majlis Peguam yang disebut dalam perenggan 47(2)(c) boleh dibuat dan mestilah sampai ke pejabat Badan Peguam Malaysia dalam bulan
Oktober.
Tiap-tiap penamaan calon untuk pemilihan—
hendaklah penamaan seorang yang berkelayakan menjadi calon di bawah Akta ini;
hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh tidak kurang daripada tiga orang ahli;
hendaklah menamakan hanya seorang calon sahaja dan persetujuannya hendaklah diendorskan dalam penamaan itu.
Nama calon untuk pemilihan yang dinamakan mengikut subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada atau didepositkan di pejabat
Badan Peguam Malaysia dalam bulan Oktober pada setiap tahun.