Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian V · Badan Peguam Malaysia

65. Mesyuarat Agung Luar Biasa

Feedback & support
(1)

Majlis Peguam boleh memanggil sesuatu mesyuarat agung

Badan Peguam Malaysia selain mesyuarat agung tahunan pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat; dan mesyuarat itu hendaklah dikenali sebagai mesyuarat agung luar biasa.

(2)

Mana-mana satu ratus lima puluh orang ahli Badan Peguam

Malaysia boleh pada bila-bila masa meminta diadakan suatu mesyuarat agung luar biasa dengan notis bertulis bagi maksud itu yang ditandatangani oleh mereka dan disampaikan kepada Yang Dipertua,

Naib Yang Dipertua atau Setiausaha Badan Peguam Malaysia; dan

Majlis Peguam hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung luar biasa untuk diadakan dalam masa tiga puluh hari selepas notis itu disampaikan.

Profesion Undang-Undang 87

(3)

Notis bertulis itu hendaklah menyatakan tujuan mesyuarat agung luar biasa yang dicadangkan itu.

(4)

Jika Majlis Peguam tidak memanggil mesyuarat agung luar biasa mengikut permintaan dalam masa tiga puluh hari selepas permintaan itu disampaikan, ahli yang meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa itu bolehlah memanggil mesyuarat agung luar biasa itu dalam masa enam puluh hari selepas penyampaian itu.

(4A)

Kuorum bagi suatu mesyuarat agung luar biasa yang dipanggil di bawah seksyen ini ialah lima ratus orang ahli Badan Peguam

Malaysia; dan tiada urusan boleh dijalankan dalam mana-mana mesyuarat agung luar biasa melainkan jika ada cukup kuorum apabila mesyuarat itu bertindak menjalankan urusannya.

(4B)

Suatu mesyuarat agung luar biasa yang dipanggil di bawah seksyen ini hendaklah dibubarkan jika tidak ada cukup kuorum dalam masa satu jam dari masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu.

(5)

Jika mana-mana ahli Badan Peguam Malaysia berhasrat untuk mencadangkan sesuatu usul untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat agung luar biasa yang akan dipanggil di bawah seksyen ini, dia hendaklah tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu menyampaikan notis usul itu secara bertulis kepada Setiausaha

Badan Peguam Malaysia.

Report

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules