Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English
Contents

Bahagian VI · Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

82. Peguam bela dan peguam cara dengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejen

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh dengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejen dalam apa-apa jenis prosiding undang-undang atau dalam apa-apa perkara yang di bawah Akta ini hanya boleh dilakukan oleh seorang peguam bela dan peguam cara yang mempunyai sijil amalan yang sah untuk peguam bela dan peguam cara lain yang tidak mempunyai sijil amalan yang sah atau membenarkan namanya digunakan dalam apa-apa prosiding atau perkara itu bagi pihak atau bagi keuntungan peguam bela dan peguam cara yang lain itu atau menghantar apa-apa proses kepada peguam bela dan peguam cara yang lain itu atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang membolehkan peguam bela dan peguam cara itu hadir, bertindak, menjalankan amalan atau berbuat sesuatu

110 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

berupa sebagai menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara dalam apa-apa prosiding atau perkara itu.

(2)

Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa untuk mengendalikan apa-apa akaun bank atas namanya atau nama firmanya dan yang disenggara olehnya atau oleh firmanya berkenaan dengan amalannya sebagai peguam bela dan peguam cara.

(3)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang telah bertindak bersalahan dengan subseksyen (1) atau (2) boleh dikenakan prosiding tatatertib.

(4)

Mana-mana orang yang tidak diberi kuasa yang bertindak atau menjalankan amalan atau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda melebihi lebih dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules