Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VI · Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani
85. Pendaftar hendaklah menyenggara daftar nama firma
Feedback & supportMajlis Peguam hendaklah menyenggara suatu daftar nama firma yang di bawahnya peguam bela dan peguam cara menjalankan amalan. Tiada nama firma boleh didaftarkan atau dipotong daripada daftar tanpa suatu sijil daripada Majlis Peguam. Majlis Peguam boleh menolak suatu sijil bagi pendaftaran dengan alasan bahawa nama firma yang dicadangkan itu mungkin difikirkan sama dengan suatu nama firma yang telah didaftarkan atau mungkin mengelirukan orang awam.
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Peguam boleh merayu kepada Mahkamah
Tinggi dan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah muktamad.
Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara atas nama yang bukan—
namanya sendiri;
nama peguam bela dan peguam cara yang menjadi atau yang telah menjadi pekongsinya;
nama pengamal sebelumnya yang nama baik mereka telah diperoleh olehnya atau oleh pekongsinya;
mana-mana satu atau gabungan daripada nama yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c).
Dalam mana-mana hal jika suatu nama yang mematuhi subseksyen
tidak boleh didaftarkan tanpa menyalahi subseksyen (1) orang itu boleh menjalankan amalan di bawah apa-apa nama yang disukainya yang diluluskan oleh Majlis Peguam.
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang bertindak bersalahan dengan subseksyen (3) boleh dikenakan prosiding tatatertib.
Profesion Undang-Undang 115
Majlis Peguam hendaklah, atas permintaan pekongsi yang menjalankan amalan di bawah sesuatu nama firma, dan boleh, jika ia berpuas hati bahawa tiada seorang pun menjalankan amalan di bawah nama itu, mengeluarkan sesuatu nama firma daripada daftar.