Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English
Contents

Bahagian VI · Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

88. Peguam bela dan peguam cara yang bersalah, dsb

Feedback & support
(1)

Majlis Peguam boleh, jika ia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seorang peguam bela dan peguam cara, atau seorang kerani atau pekhidmat seseorang peguam bela dan peguam cara, telah bersalah atas kecurangan berkaitan dengan amalan peguam bela dan peguam cara itu sebagai peguam bela dan peguam cara atau berkaitan dengan apa-apa amanah yang peguam bela dan peguam cara itu menjadi seorang pemegang amanah, mengeluarkan suatu sijil bagi maksud itu dan oleh sebab itu Jadual kepada Akta ini, kecuali perenggan 7 Jadual itu, hendaklah terpakai berhubung dengan peguam bela dan peguam cara itu.

(2)

Jika nama seseorang peguam bela dan peguam cara dikeluarkan daripada Daftarai atau jika seseorang peguam bela dan peguam cara digantung daripada menjalankan amalan, dia hendaklah dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh yang material itu memuaskan hati Majlis Peguam bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk mengadakan kepada kliennya atau kepada peguam bela dan peguam cara lain atau peguam bela dan peguam cara yang diarahkan oleh kliennya atau olehnya sendiri—

(a)

semua surat ikatan wasiat, dokumen yang menjadi atau membuktikan hakmilik terhadap apa-apa harta, kertas, buku akaun, rekod, baucer dan dokumen lain yang ada dalam milik atau kawalannya atau dalam milik atau kawalan firmanya, atau berhubung dengan apa-apa amanah yang baginya dia ialah pemegang amanah yang tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang pekongsi, kerani atau pekhidmatnya atau lebih; dan

(b)

semua wang yang kena dibayar olehnya atau oleh firmanya kepada kliennya atau yang dipegang olehnya atau oleh firmanya bagi pihak kliennya atau yang tertakluk kepada apa-apa amanah sebagaimana yang disebut terdahulu.

Profesion Undang-Undang 117

(3)

Jika dia tidak memberi keterangan yang memuaskan hati

Majlis Peguam, Jadual tersebut hendaklah terpakai berhubung dengannya.

(4)

Dalam subseksyen (2), ungkapan “tarikh yang material”

ertinya tarikh terakhir antara tarikh yang berikut:

(a)

tarikh bila perintah Jawatankuasa Tatatertib atau perintah

Mahkamah yang dengannya atau yang menurutnya nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan atau dipotong, daripada Daftarai atau peguam bela dan peguam cara itu digantung daripada menjalankan amalan, akan mula berkuat kuasa;

(b)

tarikh akhir yang sesuatu rayuan terhadap perintah dalam perenggan (a) boleh dibuat;

(c)

tarikh yang sesuatu rayuan di bawah perenggan (b) ditolak atau ditinggalkan.

(5)

Dalam seksyen ini dan dalam Jadual, perkataan “amanah” dan

“pemegang amanah” mempunyai erti yang sama seperti dalam subseksyen 78(6).

Report

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules