Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English
Contents

Bahagian VI · Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

84. Peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pemaju perumahan tidak boleh bertindak bagi pihak pembeli dalam pemajuan perumahan

Feedback & support
(1)

Jika seseorang peguam bela dan peguam cara bertindak bagi pihak seorang pemaju perumahan dalam suatu jualan harta tak alih yang dimajukan di bawah suatu pemajuan perumahan sama ada dia atau pun mana-mana ahli atau pembantu firma yang dia ialah seorang ahlinya sama ada sebagai pekongsi atau pekerja tidak boleh dalam urusan itu juga bertindak bagi pihak pembeli harta itu, dan suatu perjanjian bertulis yang disediakan oleh seseorang peguam bela dan peguam cara atau mana-mana ahli atau pembantu firma yang bertindak bagi pihak pemaju itu berkenaan dengan urusan itu hendaklah diperiksa dengan rapi oleh seorang peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pembeli itu:

Profesion Undang-Undang 113

Dengan syarat bahawa jika mana-mana perjanjian bertulis berkenaan dengan urusan itu tidak diperiksa dengan rapi oleh seorang peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pembeli itu, peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pemaju perumahan itu hendaklah memperoleh suatu sijil yang ditandatangani oleh pembeli itu yang menunjukkan bahawa pembeli itu tidak bertujuan hendak menugaskan seorang peguam bela dan peguam cara untuk memeriksa dengan rapi bagi pihaknya akan perjanjian itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini sesuatu sijil tidak sah melainkan jika ia ditandatangani oleh pembeli itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang bukan seorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan dalam perkongsian dengan, atau sebagai seorang pekerja peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak pemaju perumahan itu.

(3)

Pemaju dan pembeli itu hendaklah setiap seorang membayar fi peguam bela dan peguam caranya sendiri.

(4)

Dalam subseksyen (1)—

(a)

istilah “pemajuan perumahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pemajuan Perumahan

(Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]; dan

(b)

“jualan harta tak alih” termasuk pemberian pajakan selama tempoh melebihi tiga tahun.

(5)

Subseksyen (1) adalah tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang yang menyentuh seorang peguam bela dan peguam cara yang bertindak bagi pihak-pihak jika ada suatu percanggahan kepentingan atau apabila suatu percanggahan kepentingan mungkin timbul.

(6)

Seorang peguam bela dan peguam cara yang bertindak bersalahan dengan subseksyen (1) boleh dikenakan prosiding tatatertib.

 CATATAN—Dahulunya disebut “Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966”–lihat Akta

A1142.

114 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(7)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa transaksi jika kontrak untuk jualan itu telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

Report

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules