Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VI · Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani
92. Majlis Peguam hendaklah mengendalikan akaun bank klien peguam bela dan peguam cara yang telah mati
Feedback & supportApabila mati seseorang peguam bela dan peguam cara yang sebaik sebelum kematiannya telah menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atas namanya sendiri atau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara tunggal atas suatu nama firma hak untuk mengendalikan, atau menguruskan secara lain, apa-apa akaun bank atas nama peguam bela dan peguam cara itu atau nama firmanya, iaitu suatu akaun yang ke dalamnya telah dibayar apa-apa wang klien hendaklah, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini yang berlawanan, terletak hak pada Majlis Peguam dengan mengetepikan hak mana-mana wakil diri peguam bela dan peguam cara itu dan boleh dijalankan mulai dari kematian peguam bela dan peguam cara itu.