Seksyen 14
Pegawai dan kakitangan Suruhanjaya
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
Maka hendaklah dilantik apa-apa bilangan pegawai dan kakitangan Suruhanjaya yang perlu untuk membantu Suruhanjaya dalam menunaikan fungsinya dengan berkesan dan efisien dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2)
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pegawai daripada mana-mana agensi penguatkuasaan atas dasar peminjaman sebagai penyiasatnya.
(3)
Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai undang-undang yang perlu yang hendaklah dipinjam dari kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau dilantik dari kalangan peguam bela dan peguam cara untuk membantu
Suruhanjaya.
(4)
Seseorang pegawai Suruhanjaya yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan seseorang pegawai penguat kuasa yang sedang disiasat oleh
Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada seorang Pesuruhjaya dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan pegawai penguat kuasa itu.
(5)
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan kakitangannya.