Seksyen 15
Perunding
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
Suruhanjaya boleh mengambil khidmat orang, termasuk pesara dan bekas anggota agensi penguatkuasaan, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, sebagai perunding atau untuk melaksanakan apa-apa perkhidmatan yang difikirkannya sesuai.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 17
(2)
Seseorang yang diambil khidmat di bawah subseksyen (1)
yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan seseorang pegawai penguat kuasa yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada seorang Pesuruhjaya dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh
Suruhanjaya berkenaan dengan pegawai penguat kuasa itu.