Skip to content

Seksyen 20

Penggunaan kakitangan, kemudahan atau perkhidmatan

of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

ActIn forceProvision 20 of 55
Seksyen 20
(1)

Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi penggunaan perkhidmatan—

(a)

mana-mana kakitangan atau kemudahan sesuatu jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau berkanun; atau

(b)

mana-mana pegawai penguat kuasa untuk bekerjasama dengan, atau membantu, sesuatu Pasukan Petugas dalam menjalankan tugasnya, atau untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau berkanun atau pegawai penguat kuasa yang disebut dalam subseksyen (1)

adalah berkewajipan untuk mematuhi seksyen ini.