Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 · Updated to 8 Sep 2023 · Bahagian III · Pentadbiran
21. Kerjasama dengan agensi lain
Feedback & supportDalam melaksanakan fungsi penyiasatannya, Suruhanjaya boleh bekerjasama dengan mana-mana agensi penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang yang lain dan mana-mana jabatan kerajaan Negeri atau Persekutuan atau orang lain yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Dalam melaksanakan fungsi lainnya yang berkaitan,
Suruhanjaya boleh bekerjasama dengan institusi pendidikan dan mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh berunding dengan dan menyebarkan risikan dan maklumat kepada mana-mana agensi penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang yang lain dan mana-mana orang lain, termasuk mana-mana pasukan petugas, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
Jika Suruhanjaya menyebarkan risikan atau maklumat kepada mana-mana agensi atau orang di bawah seksyen ini atas fahaman bahawa risikan atau maklumat itu adalah rahsia, agensi atau orang itu adalah tertakluk pada peruntukan kerahsiaan berhubung dengan risikan atau maklumat itu.