Skip to content
In forceUpdated to 8 Sep 2023Read it in English

Bahagian III · Pentadbiran

17. Pasukan Petugas

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa bilangan Pasukan

Petugas yang difikirkannya perlu untuk membantu Suruhanjaya melaksanakan fungsinya dengan berkesan dan efisien di bawah Akta ini.

(2)

Anggota Pasukan Petugas boleh terdiri daripada pegawai

Suruhanjaya dan perunding yang diambil khidmat di bawah seksyen 15.

(3)

Pasukan Petugas hendaklah melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas yang diberikan kepada Pasukan Petugas itu di bawah Akta ini.

(4)

Anggota Pasukan Petugas hendaklah mempunyai semua kuasa penyiasatan sebagaimana yang terkandung dalam Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] dan kuasa sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya di bawah Akta ini.

(5)

Suruhanjaya boleh menubuhkan pasukan petugas bersama dengan mana-mana pihak berkuasa lain jika difikirkannya perlu.

Report

Bahagian IV

Pengurusan Aduan

Bahagian V

Kuasa Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Schedules