Skip to content
In forceUpdated to 8 Sep 2023Read it in English

Bahagian III · Pentadbiran

19. Kad kuasa

Feedback & support
(1)

Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada Pesuruhjaya, ketua pegawai eksekutif, pegawai Suruhanjaya yang lain dan anggota Pasukan Petugas, dan kad kuasa sedemikian hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi

Suruhanjaya.

(2)

Pesuruhjaya, ketua pegawai eksekutif, pegawai Suruhanjaya yang lain atau anggota Pasukan Petugas yang bertindak di bawah

Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 19

menunjukkan kad kuasa yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1) kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau orang yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat.

Report

Bahagian IV

Pengurusan Aduan

Bahagian V

Kuasa Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Schedules