Seksyen 17
Kelulusan terdahulu pada prinsipnya
Sesuatu syarikat asing boleh, sebelum memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen 16, meminta supaya pendaftaran itu diluluskan pada prinsipnya dan apabila permintaan itu dibuat dan dibayar fi yang ditetapkan, Lembaga boleh, jika dia berpuas hati bahawa syarikat itu layak untuk didaftarkan di bawah seksyen 16, mengeluarkan suatu perakuan mengesahkan kelulusannya bagi syarikat itu didaftarkan demikian tertakluk pada suatu permohonan di bawah seksyen 16 dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh perakuan itu.
(2)
Perakuan kelulusan yang diberi oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) tidaklah melepaskan syarikat asing yang dikeluarkan perakuan itu daripada mematuhi seksyen 16 dalam permohonan pendaftaran yang berikutnya.
Syarikat Labuan 45