Seksyen 25
Salinan memorandum dan perkara
Sesuatu syarikat Labuan hendaklah, apabila dikehendaki oleh mana-mana anggota, memberi kepadanya suatu salinan memorandum dan perkara (jika ada) apabila anggota itu membayar suatu amaun yang ditentukan oleh pengarah sebagai semunasabahnya perlu bagi menanggung kos penyediaan dan pemberian itu.
(2)
Jika suatu perubahan dibuat dalam memorandum atau perkara sesuatu syarikat Labuan, suatu salinan memorandum atau perkara itu tidaklah boleh dikeluarkan oleh syarikat itu selepas tarikh perubahan melainkan jika —
(a)
salinan itu mengikut perubahan itu; atau
(b)
suatu salinan bercetak ketetapan yang membuat perubahan itu dilampirkan kepada salinan memorandum atau perkara dan fasal atau perkara tertentu yang tersentuh ditunjukkan dengan dakwat.
(3)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat
Labuan itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Sepuluh ribu ringgit *dan penalti ingkar sebanyak lima ratus ringgit.