Seksyen 23
Perkara persatuan
Memorandum suatu syarikat Labuan hendaklah diserahkan bersama-sama dengan perkara persatuan yang ditandatangani oleh penandatangan memorandum yang menetapkan peraturan-peraturan bagi syarikat itu.
(2)
Perkara hendaklah—
(a)
bercetak;
(b)
dibahagikan menjadi perenggan bernombor; dan
(c)
ditandatangani oleh setiap penandatangan memorandum atau, jika mana-mana penandatangan adalah suatu syarikat, dimeteraikan dengan meterai syarikatnya atau ditandatangani bagi pihaknya.
(3)
Perkara boleh diserahkan dalam huruf, abjad atau bahasa asing, dengan syarat bahawa perkara itu disertakan dengan terjemahan yang tepat dan terperaku dalam bahasa Inggeris baginya, dan sekiranya terdapat percanggahan, pengertian perkataan dalam huruf, abjad atau bahasa asal hendaklah terpakai.