Seksyen 27
Labuan tiada anggota
Tertakluk pada subseksyen (2), jika pada bila-bila masa sesuatu syarikat Labuan tiada anggota dan menjalankan perniagaan selama lebih daripada enam bulan semasa ia tiada anggota itu, tiap-tiap pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen syarikat itu pada tempoh yang ia menjalankan perniagaan selepas enam bulan itu yang tahu bahawa syarikat itu tiada anggota bertanggungan, dan jika lebih daripada seorang, bersesama dan berasingan, untuk membayar keseluruhan hutang syarikat yang diadakan pada tempoh yang ia menjalankan perniagaan selepas enam bulan tersebut, dan pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen itu melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini jika syarikat itu menjalankan perniagaan demikian selepas enam bulan itu.
(2)
Subseksyen (1) tidaklah terpakai berkenaan dengan seseorang pegawai, pekhidmat, pekerja, atau ejen sesuatu syarikat Labuan yang tiada anggota yang menjalankan perniagaan syarikat itu selepas enam bulan tersebut jika pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen itu berbuat demikian menurut suatu arahan Mahkamah atau di bawah arahan seorang pelikuidasi diluluskan yang dilantik berkenaan dengan syarikat itu.