Skip to content

Seksyen 24

Pengubahan memorandum atau perkara

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 28 of 210
Seksyen 24
(1)

Tertakluk pada Akta ini, suatu syarikat Labuan boleh, melalui ketetapan khas, mengubah atau menambah memorandum atau perkaranya.

(2)

Apa-apa perubahan atau tambahan yang dibuat dalam memorandum atau perkara hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh notis ketetapan yang relevan diserahkan kepada Pendaftar dan sama sahnya seolah-olah pada mulanya lagi ia terkandung di dalam memorandum atau perkara itu dan hendaklah tertakluk, mengikut cara yang sama, kepada perubahan melalui ketetapan khas.

Syarikat Labuan 53