Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti
74. Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta
Feedback & supportMana-mana orang yang, semasa membuat permohonan bagi pendaftaran suatu penyedia latihan kemahiran, pendaftaran program latihan yang diluluskan atau permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang
44
Undang-Undang Malaysia diketahuinya palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan di dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.