Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti
80. Kesalahan oleh pertubuhan Perbadanan, dsb
Feedback & supportJika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu;
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu; atau 46
Undang-Undang Malaysia
dalam hal suatu pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama sebagaimana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu.