Skip to content

Seksyen 84

Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

of Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004

ActIn forceProvision 54 of 64
Seksyen 84

Akta ini apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau penyataan, sama ada bertulis atau tidak, adalah—

(a)

palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya; atau

(b)

mengelirukan dalam apa-apa butir material, maka hendaklah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau peryataan itu adalah palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau membekalkannya.