Skip to content

Seksyen 81

of Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004

ActIn forceProvision 51 of 64

Seksyen 81

(1)

Jika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh seseorang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah—

(a)

seorang anggota lembaga pengarah;

(b)

seorang pegawai;

(c)

seorang pekerja; atau

(d)

seorang ejen, penyedia latihan kemahiran itu, maka penyedia latihan kemahiran itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu.

(2)

Dalam sesuatu pendakwaan terhadap sesuatu penyedia latihan kemahiran di bawah subseksyen (1) berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh—

(a)

seorang anggota lembaga pengarah;

(b)

seorang pegawai;

(c)

seorang pekerja; atau

(d)

seorang ejen, penyedia latihan kemahiran itu, maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana penyedia latihan kemahiran yang didakwa

Tabung Pembangunan Kemahiran 47

di bawah subseksyen (1) jika penyedia latihan kemahiran itu membuktikan—

(aa) bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan atau pembiaran penyedia latihan kemahiran itu; atau

(ab) bahawa penyedia latihan kemahiran itu telah—

(i)

mengambil segala langkah yang munasabah; dan

(ii)

menjalankan segala usaha yang wajar, untuk mencegah perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu, dengan mengambil kira jenis fungsi anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen di atas sifat itu dan segala hal keadaan.