Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
75A. Penguatkuasaan oleh pegawai polis
Feedback & support(1)
Walau apa pun subseksyen 75(1), mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa penguatkuasaan yang diberikan oleh Akta ini kepada seorang pegawai diberi kuasa.
(2)
Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan yang diberikan di bawah Akta ini kepada seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, pegawai polis itu, jika tidak berpakaian seragam, hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.
Tandatangan Digital 53