Skip to content

Seksyen 76

Kuasa untuk menyiasat

of Akta Tandatangan Digital 1997

ActIn forceProvision 49 of 57
Seksyen 76

(1)

Suruhanjaya boleh menyiasat aktiviti suatu pihak berkuasa pemerakuan yang material kepada pematuhannya dengan Akta ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan perintah kepada pihak berkuasa pemerakuan untuk melanjutkan penyiasatannya dan mendapatkan pematuhan dengan Akta ini.

(3)

Selanjutnya, dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana daripada kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].