Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
78. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Feedback & supportJika seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 77 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk
Tandatangan Digital 55
ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 77
dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.