Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
83. Penalti am
Feedback & support(1)
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “Akta ini” tidak termasuk peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.