Seksyen 80
Senarai benda disita
of Akta Tandatangan Digital 1997
(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen
(2)
, jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda disita di bawah seksyen 77 atau 78, pegawai yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.
(2)
Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah bila-bila masa boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Halangan pegawai diberi kuasa 81.
Mana-mana orang yang menghalang, merintangi, menyerang atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.
56
Undang-Undang Malaysia
Kuasa tambahan 82.
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada yang berikut:
(a)
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen itu;
(b)
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c)
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan-peruntukan Akta ini dipatuhi.