Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat aktiviti pemegang kelulusan galakan, pemegang lesen pengagihan atau orang lain berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan sesuatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis, kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, yang diberikan oleh Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593].
Bahagian IX