Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian VII · Penguatkuasaan

44. Pelepasan benda yang disita

(1)

Jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, boleh pada bila-bila masa selepas itu melepaskan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian pegawai yang membuat penyitaan itu, Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda di bawah subseksyen (1)

yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules