Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian VII · Penguatkuasaan

47. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1)

Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu ditangkap dan sama ada dalam penjalanan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang pegawai diberi kuasa atau orang lain, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan semasa pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.

(2)

Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan—

(a)

jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seorang yang berkuasa dan cukup pada pendapat mahkamah untuk memberikan orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau

(b)

dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang serupa maksudnya:

Tenaga Boleh Baharu 43

“Menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada anda bahawa anda tidaklah diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang anda nyatakan, sama ada dalam menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”.

(3)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan secepat yang mungkin selepas itu.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas apa-apa amaran yang disebut dalam perenggan (2)(b) telah diberikan kepadanya.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules