Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda disita di bawah Bahagian ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu senarai benda yang disita dan mengenai tempat di mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyita itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
40
Undang-Undang Malaysia
Bahagian IX