Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian VII · Penguatkuasaan

41. Capaian kepada data berkomputer

(1)

Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 39 atau 40 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “capaian”—

Tenaga Boleh Baharu 39

(a)

termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami; dan

(b)

mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997

[Akta 563].

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules