Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
55. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelak pelakuan kesalahan itu.
Bilamana mana-mana ejen atau pekerja dalam penjalanan pekerjaannya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan yang pelakuan atau peninggalan untuk berbuat demikian oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini, ejen atau pekerja itu adalah melakukan kesalahan itu, dan subseksyen (3)
hendaklah terpakai bagi prinsipal atau majikannya itu.
Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia
48
Undang-Undang Malaysia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja kepada ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
oleh pekerja kepada ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Bahagian VIII
Bahagian IX