Amendment Act · As enacted
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012
Feedback & supportAmends the Universities and University Colleges Act 1971Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Universiti dan Kolej
Universiti (Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan menggantikan takrif “Kampus” dengan takrif yang berikut:
‘ “Kampus”, berhubung dengan sesuatu Universiti atau Kolej Universiti, ertinya—
Kampus atau Kampus Cawangan Universiti atau
Kolej Universiti itu;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI
(PINDAAN) 2012
Undang-Undang Malaysia 4
Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1);
dan
kawasan, bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya, oleh Universiti atau Kolej Universiti itu;’; dan
dengan memasukkan selepas takrif “kesalahan boleh daftar” takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan
Tinggi yang dilantik di bawah subseksyen 4C(1) dan termasuk Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen yang sama;’.
s 3Bahagian baru IIA
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian II
Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IIA
PENTADBIRAN
Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan
Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah
Pendidikan Tinggi dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua
Pengarah.
Ketua Pengarah hendaklah menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri dan Ketua
Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri.
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
Semasa ketiadaan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua
Pengarah boleh menjalankan fungsi dan kuasanya.
Kecuali kuasa di bawah seksyen 4, 4A, 4B, 4C dan 12, Menteri boleh mewakilkan secara bertulis apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipannya kepada Ketua Pengarah.
Apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Ketua Pengarah atas nama dan bagi pihak Menteri.
Ketua Pengarah yang kepadanya apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan diwakilkan di bawah subseksyen (1) adalah terikat untuk menuruti dan mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Menteri daripada menunaikan apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini.”.
s 4Pindaan seksyen 5A
Seksyen 5A Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Ketidakpakaian Akta bagi universiti yang ditubuhkan demi kepentingan negara, dsb.”; dan
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat
Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membenarkan penubuhan mana-mana institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua nama atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat demi kepentingan negara institusi pelajaran tinggi sedemikian ditubuhkan.”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 5Penggantian seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:
Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar
Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.
Seseorang pelajar Universiti tidak boleh—
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia;
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau
terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam
Kampus.
Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar
Universiti tidak boleh dihalang daripada—
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga di bawah perenggan
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.
Universiti hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Universiti di dalam Kampus.”.
s 6Pindaan seksyen 16B
Seksyen 16B Akta ibu dipinda—
dengan memotong subseksyen (9); dan
dalam subseksyen (11), dengan menggantikan perkataan
“tiga puluh” dengan perkataan “enam puluh”.
s 7Bahagian baru IVA
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV
Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IVA
DAFTAR DAN PANGKALAN DATA
Kewajipan untuk menyenggarakan daftar
s 22ASection 22A
Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan
Undang-Undang Malaysia 8
disenggarakan suatu Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan yang mengandungi butir-butir mengenai—
institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;
orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;
orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.
Ketua Pengarah boleh menjadikan Daftar Pengajian
Tinggi Kebangsaan tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang boleh apabila fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dibayar—
memeriksa Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan;
dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada
Daftar itu.
Tiap-tiap institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6 hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu pangkalan data yang mengandungi butir-butir mengenai—
program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;
orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.
Pangkalan data yang dinyatakan dalam subseksyen (1)
hendaklah dijadikan boleh diakses oleh Menteri sebagaimana yang dikehendakinya.”.
s 8Seksyen baru 24E
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24D seksyen yang berikut:
s 24E“Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
untuk menetapkan bentuk yang dalamnya suatu daftar hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah
Akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar itu dan pembekalan salinan cabutan itu dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing-masing;
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud
Akta ini.”.
s 9Pindaan Jadual Pertama
Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda—
dalam seksyen 10—
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tertakluk kepada peruntukan
Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar,
Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat
Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh
Lembaga.”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
dengan memasukkan selepas subseksyen (3)
subseksyen yang berikut:
“(4) Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar,
Bursar dan Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan Penasihat
Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.
Seseorang yang dilantik sebagai Ketua
Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh
Lembaga.
Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua
Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”;
dengan memotong seksyen 20A; dan
dengan memasukkan selepas seksyen 21 seksyen yang berikut:
Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuhkan yang hendaklah terdiri daripada—
Naib Canselor yang hendaklah menjadi pengerusi;
dua orang ahli yang dipilih oleh Majlis Perwakilan
Pelajar-Pelajar;
dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan
Siswazah atau Alumni Universiti; dan
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan)
dua orang pegawai lain Universiti yang dilantik oleh Lembaga selepas mengambil kira dengan sewajarnya kepentingan untuk menjamin suatu
Jawatankuasa Aduan Pelajar yang mendapat keyakinan pelajar.
Jawatankuasa Aduan Pelajar hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dalam menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat oleh pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.”.
s 10Pindaan Jadual Kedua
Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda dalam subsubsubperenggan 1(a)(iv) dalam teks bahasa kebangsaan dengan memotong perkataan
“tidak” selepas perkataan “pemenjaraan selama tempoh yang”.
Semua tindakan disiplin yang belum selesai di bawah subseksyen 15(7) Akta ibu berhubung dengan perkara yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) dan 15(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pelajar Universiti hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.
Semua tindakan yang belum selesai di bawah seksyen 16
Akta ibu berhubung dengan perkara yang disebut dalam perenggan 15(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.