22A. Section 22A
Feedback & supportKetua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan
Undang-Undang Malaysia 8
disenggarakan suatu Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan yang mengandungi butir-butir mengenai—
institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;
orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;
orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.
Ketua Pengarah boleh menjadikan Daftar Pengajian
Tinggi Kebangsaan tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang boleh apabila fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dibayar—
memeriksa Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan;
dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada
Daftar itu.