Skip to content

Seksyen 7

of Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 9 of 14

Seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV Bahagian yang berikut:

"BAHAGIAN IVA

DAFTAR DAN PANGKALAN DATA

Kewajipan untuk menyenggarakan daftar

Quoted provision

Seksyen 22A

(1)

Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan yang mengandungi butir-butir mengenai—

(a)

institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

(b)

program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;

(c)

orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;

(d)

orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.

(2)

Ketua Pengarah boleh menjadikan Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan tersedia bagi pemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Seseorang boleh apabila fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dibayar—

(a)

memeriksa Daftar Pengajian Tinggi Kebangsaan; dan

(b)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada Daftar itu.

Quoted provision

Seksyen 22B

Kewajipan untuk menyenggarakan pangkalan data

(1)

Tiap-tiap institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan di bawah seksyen 6 hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu pangkalan data yang mengandungi butir-butir mengenai—

(a)

program yang dijalankan atau disediakan oleh institusi pelajaran tinggi;

(b)

orang yang diberi ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;

(c)

orang yang dilantik sebagai seorang profesor dan termasuk orang yang diberi gelaran Profesor Diraja atau Profesor Emeritus; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pendidikan tinggi yang difikirkannya perlu.

(2)

Pangkalan data yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dijadikan boleh diakses oleh Menteri sebagaimana yang dikehendakinya.".