Seksyen 11
Kecualian
of Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012
Amendment ActIn forceProvision 14 of 14
Seksyen 11
(1)
Semua tindakan disiplin yang belum selesai di bawah subseksyen 15(7) Akta ibu berhubung dengan perkara yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) dan 15(5)(a) Akta ibu terhadap manamana pelajar Universiti hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.
(2)
Semua tindakan yang belum selesai di bawah seksyen 16 Akta ibu berhubung dengan perkara yang disebut dalam perenggan 15(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.