Skip to content

Seksyen 21A

of Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 12 of 14

Seksyen 21A

(1)

Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuhkan yang hendaklah terdiri daripada—

(a)

Naib Canselor yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

dua orang ahli yang dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar-Pelajar;

(c)

dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti; dan

(d)

dua orang pegawai lain Universiti yang dilantik oleh Lembaga selepas mengambil kira dengan sewajarnya kepentingan untuk menjamin suatu Jawatankuasa Aduan Pelajar yang mendapat keyakinan pelajar.

(2)

Jawatankuasa Aduan Pelajar hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dalam menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat oleh pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.".

Pindaan Jadual Kedua