Skip to content

Seksyen 4

Seksyen 5A Akta ibu dipinda—

of Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 6 of 14
Seksyen 4

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

"Ketidakpakaian Akta bagi universiti yang ditubuhkan demi kepentingan negara, dsb."; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

"(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membenarkan penubuhan mana-mana institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua nama atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat demi kepentingan negara institusi pelajaran tinggi sedemikian ditubuhkan.".